Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-16 15:56:17    
Vietnam Harap Kukuhkan dan Kembangkan Hubungan Vietnam-China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua, Agensi Berita Vietnam melaporkan bahawa Menteri Luar Vietnam, Nguyen Dy Nien telah diwawancara oleh Agensi Berita Vietnam sebelum Presiden Vietnam, Tran Duc Luong melawat China. Nguyen Dy Nien berkata, parti dan kerajaan Vietnam berharap memperkukuh dan mengembangkan hubungan persahabatan dan kerjasama Vietnam-China.

Nguyen Dy Nien berkata, China menyokong Vietnam menganggotai WTO menjelang penghujung tahun ini. Dalam tempoh lawatan Presiden Tran Duc Luong ke China, pemimpin kedua-dua negara akan menetapkan arah dan tindakan kerjasama kedua-dua pihak yang diteruskan, bertukar-tukar pendapat tentang masalah hubungan dua hala, kawasan dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama. Kedua-dua pihak juga akan menandatangani beberapa perjanjian kerjasama ekonomi dan perdagangan.

Atas undangan Presiden China Hu Jintao, Presiden Vietnam Tan Duc Luong akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 18 hingga 22 Julai.