Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-17 15:31:50    
Istana Presiden Setuju Tubuhkan Jawatankuasa Siasat tentang Kegiatan Penipuan Arroyo dalam Pilihan Raya Presiden

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Istana Presiden Filipina semalam bersetuju menubuhkan jawatankuasa penyiasatan tentang kegiatan penipuan yang dilakukan oleh Presdien Gloria Arroyo dalam tempoh pilihan raya presiden pada tahun lepas.

Pegawai istana presiden menyatakan, mereka telah mengadakan perbincangan dengan pihak Persatuan Agama Katolik tentang calon anggota jawatankuasa tersebut. Mereka berpendapat bahawa penubuhan jawatankuasa itu akan memastikan sama ada Gloria Arroyo pernah melakukan kegiatan penipuan atau tidak.

Pada hari yang sama, puluhan ribu penyokong Gloria Arroyo mengadakan perhimpuan di pusat bandar Manila menuntut krisis pada masa ini diselesaikan melalui cara yang sesuai dengan perlembagaan negara itu.

Golongan penentang Filipina baru-baru ini menuntut Presiden Gloria Arroyo meletakkan jawatannya kerana kegiatan penipuan yang dilakukannya dalam tempoh pilihan raya presiden pada tahun lepas.