Menurut Harian Renminribao China, jumlah perdagangan antara pelabuhan Shenzhen dengan Hong Kong mencapai 24 bilion Dolar Amerika pada setengah tahun pertama tahun ini, bertambah 3 kali ganda berbanding masa yang sama pada tahun 1997.
Dimaklumkan, jumlah perdagangan barangan teknologi tinggi mendekati separuh jumlah perdagangan antara kedua-dua pihak, meningkat 30% berbanding masa yang sama tahun lepas.
|