Menurut Agensi Berita China, rombongan "Ratu Cantik Pelancongan China Antarabangsa 2005" yang terdiri daripada seramai 75 orang Ratu Cantik Pelancongan baru-baru ini telah mengunjungi Provinsi Henan, bahagian tengah China yang pemandangannya agak indah.
Baru-baru ini, seramai 75 orang Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa yang melambangkan imej pelancongan 75 buah negara dan kawasan tiba di Provinsi Henan. Mereka menyaksikan pemandangan Sungai Kuning, Groto Longmen yang terkenal dengan patung Buddha dan Kuil Shaolin yang terkenal dengan Kung Fu China dan bandar Kaifeng iaitu ibu kota China semasa pemerintahan Dinasti Song pada kira-kira seribu tahun yang lalu.
Pemandangan indah Henan dan Ratu Cantik digabungkan dengan baik sehingga mendapat perhatian masyarakat di provinsi itu. Rakyat Henan membanjiri tempat yang dikunjungi atau dilalui oleh rombongan Ratu Cantik dan menikmati pemandangan yang indah serta menyaksikan gadis yang jelitawan.
Di depan patung Ibunda Sungai Kuning yang melambangkan tempat asal bangsa China, Ratu Cantik China Sun Jia dan Ratu Cantik Taipei China Hong Minghui menyatakan kecintaan mereka terhadap Sungai Kuning. Hong Minghui berkata, sewaktu kecil, beliau sudah mengetahui Sungai Kuning yang diumpamakan sebagai sungai ibunda di China. Beliau gembira sewaktu melihat Sungai Kuning seolah-olah budak dipeluk oleh ibunya.
Para Ratu Cantik juga terkagum sewaktu mengunjungi Groto Longmen. Patung Buddha Lushena yang diukir tersenyum mencerminkan ketelitian dan kehebatan rakyat China dalam bidang kebudayaan agama Buddha. Ratu Cantik India, negara asal agama Buddha berkata kepada wartawan bahawa patung Buddha Lushena itu merupakan patung Buddha yang paling besar dan paling megah yang pernah disaksikannya.
Selain itu, para Ratu Cantik juga kagum semasa menyaksikan kehebatan Kung Fu Shaolin yang terkenal di peringkat antarabangsa. Semasa menonton persembahan Kung Fu yang disajikan oleh sami Kuil Shaolin, para Ratu Cantik yang selalu menjadi tumpuan kamera, hanya menjadi pelakon sampingan sahaja. Para sami Kuil Shaolin telah menjadi pelakon utama berturut-turut mempersembahkan Kung Fu yang hebat sehingga para penonton bertepuk tangan berturut-turut.
Semasa mengunjungi bandar Kaifeng, ibu negara China pada zaman Dinasti Song, para Ratu Cantik dapat menyaksikan bangunan tradisional China yang bersejarah lama.
Ratu Cantik Uruguay berkata kepada wartawan Agensi Berita China, "Sebelum datang ke China, saya mengetahui sedikit sahaja tentang negara ini. Setelah mengunjungi Sungai Kuning, baru saya tahu betapa luasnya negara China; setelah mengunjungi Kuil Shaolin, baru saya tahu betapa ajaibnya negara China, setelah mengunjungi bandar Kaifeng, baru saya tahu betapa lamanya sejarah negara China. Syabas! Sebenarnya sejak saya tiba di bandar Beijing beberapa hari yang lalu, saya sentiasa kagum dengan kehebatan negara China."
Para Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa biasanya mengetahui sedikit sebanyak tentang sumber pelancongan di negara sendiri. Setelah mengunjungi China kali ini, mereka mendapat lebih banyak pengetahuan tentang negara yang bersejarah lama ini.
Ratu Cantik Pelancongan China Sun Jia berkata, pada beberapa hari lalu sejak rombongan Ratu Cantik Pelancongan Antarabangsa melancong di China, beliau selalu memperkenalkan Provinsi Henan kepada rakannya dan menceritakan sejarah bandar Hangzhou, ibu negara China pada zaman Dinasti Song Selatan dan bandar Kaifeng, ibu negara China pada zaman Dinasti Song Utara.
----AZMI
|