Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-18 10:38:01    
Wawancara dengan Zhang Weichao, Ketua Pengurus Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin China

Agensi Berita Xinhua China

Zhang Weichao, Ketua Pengurus Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin China semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua China baru-baru ini berkata, "Kami tidak menyangka dan agak terharu setelah menerima sumbangan wang pertama yang dikirim dari Nigeria, Afrika".

Dalam tempoh setengah tahun setelah Tabung Pendidikan Bahasa Mandrin ditubuhkan, terdapat ramai orang Cina di luar negara dan perusahaan swasta di China telah menyumbang wang atau menyatakan hasrat mereka akan menyumbang wang. Sektor swasta akan memainkan peranan penting dalam usaha mendorong perkembangan pendidikan bahasa Mandarin.

Sejak China baru ditubuhkan pada tahun 1949, Parti Komunis China (CPC) dan kerajaan China mengambil berat membantu orang Cina mengikuti pendidikan bahasa Mandarin. Setelah memasuki abad ke-21, China menetapkan tindakan baru untuk terus mengembangkan usaha yang disebut "Projek Harapan di Luar Negara" itu.

Pada bulan Mac 2004, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat CPC Hu Jintao mengemukakan panduan "Menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat menyokong pendidikan bahasa Mandarin". Pada 6 bulan kemudiannya, pertubuhan swasta yang diberi nama "Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin China" ditubuhkan.

Pendidikan bahasa Mandarin mempunyai masa depan yang cerah pada masa ini. Orang Cina dan amat menyokong perkembangan pendidikan bahasa Mandarin. Zhang Weichao menjelaskan bahawa seiring dengan orang Cina bertambah semakin ramai, mereka berharap anak mereka disediakan peluang belajar bahasa Mandarin agar dapat mewarisi kebudayaan tradisional China.

Pada masa ni, kumpulan orang Cina dan sekolah bahasa Mandarin masih mengalami kesukaran antaranya kekurangan guru dan bahan pengajaran, cara pengajarannya ketinggalan zaman, kekurangan peruntukan dan lain-lain. Faktor-faktor tersebut menghalang pendidikan bahasa Mandarin berkembang dengan sihat. Zhang Weichao berkata, pemimpin negara China menganjurkan penubuhkan Tabung Pendidkan Bahasa Mandarin. Matlamatnya adalah untuk menggalakkan pelbagai lapisan masyarakat orang Cina dan rakyat China agar dapat menumpukan perhatian terhadap pendidikan bahasa Mandarin.

Zhang Weichao memaklumkan bahawa Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin akan menggalakkan sektor swasta orang Cina mengumpulkan dana, menyunting dan mempopularkan bahan pengajaran bahasa Mandarin baru, meningkatkan taraf pensyarah, mengadakan pertukaran kebudayaan antara pemuda-pemudi orang Cina, mendorong kajian teori pendidikan bahasa Mandarin, membangunkan pusat pendidikan bahasa Mandarin dan lain-lain. Tambah beliau, Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin menetapkan matlamat untuk menyebarkan kebudayaan China, dan akan beransur-ansur melaksanakan beberapa projek sumbangan, misalnya "Rancangan Latihan Guru Bahasa Mandarin di Seberang Laut". Rancangan tersebut meliputi kursus jangka pendek terhadap guru biasa, pendidikan peringkat sijil terhadap guru utama dan latihan tempatan.

Zhang Weichao juga memaklumkan bahawa Tabung Pendidikan Bahasa Mandarin akan menganjurkan aktiviti yang bertema "Kunjungan Kebudayaan China" dengan mengundang pemuda Cina mengunjungi China dan menghantar pemuda China mengunjung negara asing. Pada musim panas tahun ini, "Kunjungan Kebudayaan Bashu" pertama akan dirasmikan.

----AZMI