Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-18 10:41:35    
Pelbagai Lapisan Masyarakat Tumpukan Perhatian terhadap Kesihatan Pelajar China

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Forum Peringkat Tinggi Makanan Berzat Pelajar China pertama dirasmikan di Shanghai baru-baru ini. Pakar dan sarjana tempatan dan luar negara dalam "Perisytiharan Shanghai" yang dikeluarkan dalam forum itu menyeru pelbagai lapisan masyarakat menumpukan perhatian terhadap makanan berzat dan kesihatan para pelajar.

Berdasarkan perisytiharan itu, seramai lebih 200 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah akan menentukan pembangunan China pada masa depan. Selain penerokaan kepakaran, pelbagai lapisan masyarakat harus menumpukan perhatian terhadap keadaan makanan berzat dan kesihatan mereka. Pihak berkaitan harus memperuntukkan dana khas melaksanakan projek makanan berzat dan menyediakan bantuan kewangan kepada pelajar yang miskin.