Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-18 10:43:51    
Kerajaan Indonesia dan Gerakan Aceh Merdeka Tandatangani Rang Perjanjian Perdamaian

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, pegawai kerajaan Indonesia dan wakil Gerakan Aceh Merdeka mengadakan rundingan damai pusingan kelima di Helsinki, ibu negara Finland semalam. Kedua-dua pihak menandatangani rang perjanjian perdamaian Aceh dan menetapkan akan menandatangani perjanjian perdamaian itu secara rasmi di Helsinki pada 15 Ogos tahun ini.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh kedua-dua pihak, isi kandungan rang perjanjian perdamaian itu meliputi kawalan Aceh, hak asasi manusia, pengampunan khusus, anggota "Gerakan Aceh Merdeka" diterima kembali oleh masyarakat, pengaturan keselamatan, penubuhan misi penyelia Aceh dan lain-lain. Kenyataan bersama itu menegaskan, kedua-dua pihak akan berusaha menjalinkan hubungan yang saling mempercayai dan berkewajipan menyelesaikan konflik Aceh secara damai.