|
Menurut berita CRI, Ketua Pengarah Jabatan Maklumat Kerajaan Bandar Beijing encik Zhu Yan hari ini di Beijing menyatakan, melalui pembangunan selama beberapa tahun, pembangunan pentadbiran elektronik di bandar Beijing telah menuju ke satu era pembangunan yang baru.
Menurut beliau, pembangunan pentadbiran elektronik di bandar Beijing sedang beralih daripada maklumat kerajaan dapat dilayari dalam laman web kepada kerajaan menguruskan hal ehwal dengan menggunakan pentadbiran elektronik. Kerajaan bandar Beijing telah menubuhkan badan pengurusan pentadbiran elektronik pelbagai peringkat di bandar dan daedah Beijing.
Encik Zhu Yan juga menyatakan, kerajaan bandar Beijing juga akan terus meningkatkan pembangunan pentadbiran elektronik, meningkatkan keupayaan kerajaan dalam bidang menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat dan pentadbiran bandar menerusi jaringan net.
|