Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-18 15:45:59    
Kualiti Perkhidmatan Jenama China Lebih Tinggi daripada Jenama Antarabangsa

Agensi Berita China

Agensi Berita China melaporkan semalam, keputusan satu kaji selidik yang dijalankan oleh Jawatankuasa Promosi Kualiti Barangan China menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan jenama perusahaan domestik China lebih tinggi 11% daripada jenama antarabangsa di China.

Pemberita dimaklumkan dalam Forum Kualiti Perkhidmatan China Ke-2 bahawa sejak tahun 2004, Jawatankuasa Promosi Kualiti Barangan China telah menjalankan kaji selidik terhadap kualiti perkhidmatan lebih 10 sektor di 16 bandar. Antaranya termasuk telefon bimbit, komputer, televisyen, peti sejuk, penyaman udara, kenderaan, insurans, telekomunikasi serta kereta api. Kaji selidik itu melibatkan 97 jenis jenama yang berkaitan kehidupan awam, antaranya terdapat 40 jenis jenama antarabangsa yang menempati 41% daripada seluruh jenama yang terlibat dalam kaji selidik itu.

Terdapat 38 jenis jenama telah dinilai tinggi dalam semua tiga aspek iaitu perkhidmatan utama, perkhidmatan sampingan dan penanganan hubungan dengan pengguna. Antaranya jenama antarabangsa mencatat 13 jenis, menduduki 34%, manakala jenama domestik mencatat 25 jenis, menempati 66%. Pada umumnya, kualiti perkhidmatan perusahaan jenama domestik China lebih tinggi 11% daripada jenama antarabangsa.

Pakar berpendapat, taraf perkhidmatan sebahagian jenama luar negara lebih rendah jenama domestik China mempunyai tiga punca utama seperti berikut:

Pertama, perbezaan konsep perkhidmatan selepas jualan perusahaan dalam dan luar negara. Beberapa jenama luar negara jarang menyediakan perkhidmatan talian penting selama 24 jam. Beberapa perusahaan luar negara sama sekali tidak memberi perhatian terhadap perkhidmatan selepas jualan kerana mereka lebih percaya pada kualiti keluaran diri sendiri.

Kedua, perbezaan pembinaan sistem perkhidmatan perusahaan dalam dan luar negara. Oleh sebab ibu pejabat perusahaan luar negara jauh daripada pasaran China dan mereka tidak tahu persekitaran penggunaan China serta kekurangan tempat memperbaiki keluaran dan bekalan alat ganti tidak cukup, semua itu selalu mengakibatkan ketidakpuashatian para pengguna dan seterusnya telah menjejaskan kualiti perkhidmatannya.

Dan ketiga, perbezaan latihan terhadap kakitangan perusahaan dalam dan luar negara tentang kesedaran perkhidmatan. Kakitangan beberapa jenama luar negara selalu menangguhkan tarikh perkhdimatan dengan pelbagai alasan seperti jarak jauh, masa sibuk dan lain-lain.