Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-19 14:27:21    
China-ASEAN Akan Saling Turunkan Tarif

CRI

Menurut Harian Pembebasan hari ini, Penyelidik Institut Penyelidikan Isu Antarabangsa Shanghai Puan Ma Ying baru-baru ini menyatakan di Shanghai bahawa seiring dengan China-ASEAN saling menurunkan tarif, pembangunan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN akan mencapai kemajuan yang menggembirakan.

Beliau berkata, pada 20 Julai tahun ini, China-ASEAN akan secara rasmi memberi layanan tarif keutamaan kepada kira-kira 7000 jenis barangan yang dikeluarkan oleh pihak lain, dan barangantersebut akan dilulus di kastam dengan kadar tarif Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN.

Diramalkan, setelah penubuhan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, jumlah eksport ASEAN ke China akan meningkat 48%, KDNK ASEAN juga akan meningkat 0.9%. Serentak itu, China juga akan mencapai keuntungan, dijangka KDNK China juga akan meningkat 0.3%.