Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-21 14:12:33    
Keadaan Pasukan China dalam Kejohanan Renang Dunia ke-11

CRI

Kejohanan Renang Dunia ke-11 diadakan di Bandar Montreal, Kanada pada 17 hingga 31 Julai. Seramai 71 atlet China mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut, dalam ruangan hari ini, kami perkenalkan.

Pusat Renang Jabatan Pentadbiran Am Sukan China mengumumkan senarai pasukan China menyertai Kejohanan Renang Dunia ke-11 pada 5 Julai. Kontinjen China terdiri daripada 121 orang, antaranya 71 orang atlet. Ini merupakan kontinjen yang paling ramai dalam sejarah. Dalam kejohanan kali ini, pasukan China akan menyertai acara renang, junam, renang berirama dan polo air. Ini penyertaan pasukan polo air wanita China yang pertama menyertai Kejohanan Renang Dunia.

Dalam kejohanan kali ini, Pusat Renang tersebut tidak menetapkan matlamat pasukan China meraih johan. Tujuan pasukan China menyertai pertandingan kali ini adalah melatih atlet untuk Sukan Olimpik Beijing 2008. Antara 71 orang atlet yang mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini 53% adalah atlet muda yang pertama kali menyertai Kejohanan Dunia. Ketua Pusat Renang Encik Li Hua menyatakan, "Tujuan kami menyertai Kejohanan Dunia kali ini adalah untuk melatih atlet China, meningkatkan prestasi pasukan dan membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008."

Encik Li Hua juga menegaskan bahawa di samping membuat persiapan untuk Sukan Olimpik Beijing 2008, kontinjen China juga berusaha meraih pingat emas dalam acara junam dan renang.

Pasukan junam China merupakan pasukan yang paling hebat di dunia. Dalam Sukan Olimpik Athens tahun lalu, pasukan junam China meraih 6 pingat emas antara 8 pingat emas yang dipertandingkan. Dalam Kejohanan Renang Dunia kali ini, pasukan China terdiri daripada atlet veteran dan atlet muda. Ketua Pasukan Junam Negara China Puan Zhou Jihong memaklumkan tahun selepas Sukan Olimpik merupakan peluang paling baik pasukan pelbagai negara melatih atlet muda. Beliau berkata, "terdapat satu fasa antara Kejohanan Dunia dengan Sukan Olimpik Beijing, mendapat kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing merupakan matlamat muktamad kami. Kami bukan sahaja berusaha mencapai kejayaan dalam kejohanan kali ini, tetapi juga melatih atlet muda dalam pertandingan."

Pagi 18 Julai waktu tempatan Beijing, pertandingan acara junam Kejohanan Renang ke-11 diadakan di Montreal Kanada. Dalam pertandingan papan junam wanita berpasangan yang diadakan lebih awal, pemain muda China Jia Tong dan Yuan Peilin meraih pingat emas dengan 351.60 mata .

Acara papan junam wanita berpasangan merupakan pertandingan pertama yang diadakan di Kejohanan Renang Dunia kali ini. Disebabkan atlet veteran China Lao Lishi menarik diri mewakili negara, maka Li Ting menggantikan beliau menyertai pertandingan acara junam papan anjal, pasukan China menghantar dua orang atlet muda Jia Tong dan Yuan Peilin menyertai pertandingan acara junam. Jia Tong yang berumur 15 tahun berasal dari provinsi Hunan China, beliau telah meraih dua pingat emas acara junam dan lima pingat emas acara papan junam wanita berpasangan. Bagi Yuan Peilin yang berumur 14 tahun, berasal dari provinsi Xichuan China, ini merupakan pertama kali beliau menyertai pertandingan dunia.