Menurut Agensi Berita Xinhua China, sejak 20 Julai tahun ini, China dan ASEAN melaksanakan dasar keutamaan tarif terhadap 7000 barangan antara satu sama lain. Setiausaha Agung ASEAN Wang Jing Rong semasa diwawancara oleh wartawan Agensi Berita Xinhua baru-baru ini menyatakan bahawa zon perdagangan bebas China-ASEAN akan aktif mendorong perkembangan eknomi dan perdagangan rantau Asia Timur dan juga merupakan momumen dalam sejarah perkembangan hubungan ASEAN-China.
Wang Jing Rong berkata, kajian yang dibuat bersama oleh ASEAN dan China menunjukkan bahawa pembinaan zon perdagangan bebas akan membentukan kawasan ekonomi yang mempunyai 1.7 bilion pengguna, KDNKnya akan mencapai 2000 bilion dollar Amerika dan jumlah perdagangannya akan mencapai 1230 bilion Amerika.
Beliau berkata, zon perdagangan bebas akan membatalkan sekatan perdagangan antara ASEAN dan China, mengurangkan kos, meningkatkan jumlah perdagangan serantau dan meningkatkan faedah ekonomi. Di samping itu, zon perdagangan bebas ASEAN-China juga akan memupuk konsep entiti ekonomi antara negara anggota ASEAN dengan China, menyediakan mekanisme penting untuk memelihara kestabilan ekonomi Asia Timur dan menjadikan ASEAN dan China memainkan peranana yang lebih penting dalam isu perdagangan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
Beliau berpendapat dalam rangka zon perdagangan bebas, perdagangan dua hala ASEAN-China akan mengekalkan pertumbuhan cepat, jumlah perdagangan dua hala berkemungkinan mencapai 100 bilion dollar Amerika pada penghujung tahun 2005, ini juga merupakan matlamat yang ditetapkan oleh Perdana Menteri China Wen Jiabao semasa menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China pada tahun 2003.
|