Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-19 15:55:21    
Kerja Memerangi Wang Haram di China Berjaya

CRI

Menurut berita CRI, Ketua Pengarah Jabatan Memerangi Wang Haram Bank Rakyat China Encik Ling Tao baru-baru ini menyatakan, kerja memerangi wang haram China telah mencapai kejayaan.

Beliau berkata, kerajaan China pada tahun lalu secara besar-besaran memerangi wang haram. Setakat penghujung tahun lalu, Bank Rakyat China, Jabatan Pentadbiran Wang Asing Negara dan pihak polis China bekerjasama membongkarkan lebih 50 kes menghalalkan duit gelap, jumlah wang terlibat mencapai 570 juta yuan RMB dan 447 juta dolar Amerika.

"Undang-undang Memerangi Wang Haram" sedang digubal oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, rang undang-undang itu akan diserahkan dan dibahaskan pada tahun ini.