Menurut berita CRI, Ketua Jabatan Industri Suruhanjaya Perkembangan dan Pembaharuan Kebangsaan China Liu Tienan hari ini mendedahkan dalam sidang akhbar yang diadakan di Beijing bahawa jumlah pengeluaran keluli China akan melebihi 300 juta tan pada tahun ini.
Beliau juga menyatakan, untuk meningkatkan daya saing industri besi dan keluli China secara menyeluruh agar sesuai dengan keperluan persaingan antarabangsa, China akan menggubalkan peraturan dan undang-undang berkenaan dan mengambil tindakan menetapkan arah perkembangan industri besi dan keluli.
|