Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-20 14:55:07    
Perang Menentang Pencerobohan Jepun China Memberi Sumbangan Besar untuk Perdamaian Sedunia

CRI

Jambatan Lugouqiao, tempat berlakunya peristiwa "7 Julai".

Menjelang ulang tahun ke-68 peristiwa " 7 Julai", Yue Siping, Ahli penyelidik Akademi Sains Ketenteraan China yang mengkaji sejarah perang menentang pencerobohan Jepun rakyat China menyatakan, kemenangan besar rakyat China dalam perang menentang pencerobohan Jepun bukan sahaja telah membebaskan bangsa China daripada dijajah oleh negara lain, tetapi juga telah memberi sumbangan penting bagi perjuangan antifasis sedunia, perdamaian dunia dan kemajuan umat manusia.

Muzium Perang Anti-Jepun

Yue Siping menyatakan, rakyat China paling awal menentang pencerobohan kumpulan fasis dan telah memainkan peranan sebagai pelopor dalam perjuangan rakyat sedunia menentang kumpulan fasis dunia. Selepas peristiwa " 18 September" 1931, tentera dan rakyat timur laut China telah memikul tugas menentang pencerobohan fasis Jepun, mereka telah mengangkat panji antiperang fasis dan membuka lembaran dunia menentang perang fasis. Pada tahun 1937, Jepun melakukan peristiwa "7 Julai", melancarkan secara menyeluruh perang menceroboh China dan menjadi China sebagai negara sasaran awal dalam perang dunia II di timur. Serentak itu, perang menentang pencerobohan Jepun di seluruh China juga bermula. Selanjutnya, China telah menubuhkan secara rasmi barisan penyatuan kebangsaan menentang fasis Jepun. Ini bukan sahaja merupakan komponen penting dalam barisan antifasis sedunia, tetapi juga memainkan peranan sebagai pelopor untuk membentuk, mengembangkan dan memperkukuh barisan antifasis sedunia.

Perang menentang pencerobohan Jepun rakyat China juga telah mendorong pembentukan dan perkembangan barisan penyatuan antifasis antarabangsa. Yue Siping berkata, fasis Jepun telah menjadikan wilayah China sebagai sasaran pertama, sebelum menakluk rantau Asia dan Pasifik, bercita-cita bersama-sama fasis Jerman dan Itali menguasai dunia. Fasis Jepun bukan sahaja merupakan musuh rakyat China, tetapi juga merupakan musuh semua rakyat yang cinta akan perdamaian di seluruh dunia. Pada Julai 1936, Mao Zedong menjadikan pembentukan barisan penyatuan menentang pencerobohan Jepun antarabangsa sebagai salah satu usaha penting untuk menentang dan menewaskan imperialisme Jepun. Setelah perang menentang pencerobohan Jepun berlaku di seluruh China, Parti Komunis China dalam "10 Program Penyelamatan Tanah Air Menentang Pencerobohan Jepun" menetapkan matlamat agar tidak kehilangan kedaulatan wilayah, menjalin hubungan rakan sekutu menentang pencerobohan dan menetapkan perjanjian kerjasama ketenteraan untuk menentang pencerobohan Jepun, dan membentuk barisan menentang pencerobohan Jerman, Jepun dan Itali. Pada Jun 1941, setelah perang Soviet Union – Jerman berlaku, Mao Zedong menjelaskan, tugas Parti Komunis di seluruh dunia adalah merangsang rakyat pelbagai negara membentuk barisan penyatuan antarabangsa, berjuang menentang kumpulan fasis. Pada Disember 1941, setelah perang Pasifik berlaku, atas dorongan rakyat pelbagai negara antifasis sedunia termasuk China, 26 negara termasuk China, Soviet Union, Amerika Syarikat dan Britain telah mengeluarkan "Perisytiharan Negara Bersatu" pada Januari 1942, ini menandakan barisan penyatuan antifasis antarabangsa telah dibentuk secara rasmi. Ini telah melahirkan kesan yang mendalam terhadap kemenangan perang antifasis sedunia, China telah menyumbang jasa yang besar untuk mendorong pembentukan barisan penyatuan antifasis antarabangsa.

Medan perang China merupakan medan perang utama di timur dalam perang antifasis sedunia, kemenangan China dalam perang menentang pencerobohan Jepun merupakan faktor yang menentukan kejayaan menewaskan fasis Jepun. Lebih 1.5 juta tentera Jepun mati dalam peperangan itu di China, jumlah itu menempati 70% daripada jumlah keseluruhan kematian dan kecederaan tentera Jepun dalam perang dunia II, ini memainkan peranan penting mengalahkan fasis Jepun. Dari segi strategi, perang menentang pencerobohan Jepun rakyat China telah menyokong negara sekutu untuk berperang, bukan sahaja menggagalkan rancangan tentera Jepun mara ke Soviet Union, tetapi juga telah memendung tentera Jepun menyerang kawasan Pasifik, menghalang serangan fasis Jerman dan Jepun ke Caucasus, Timur Tengah, Australia dan lain-lain.