|
Menurut berita CRI, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Negara China hari ini, pertumbuhan ekonomi China mencapai 9.5% pada setengah tahun pertama tahun ini, meningkat 0.2% berbanding masa yang sama tahun lalu.
Berdasarkan statistik tersebut, industri pertanian China berkembang baik pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah pengeluaran hasil pertanian pada musim panas mencapai lebih 5 juta tan. Di samping itu, industri China mewujudkan pertumbuhan yang pesat. Jumlah import eksport China meningkat kepada 640 bilion Dolar Amerika.
|