
Menurut berita CRI, ahli Akademi Sains Sosial China encik Shen Jiru semasa diwawancara oleh wartawan baru-baru ini menyatakan, China dan ASEAN saling menurunkan tarif barangan mulai hari ini. Tindakan itu bermanfaat bagi mengembangkan ekonomi kedua-dua pihak dan mewujudkan kemakmuran bersama.

Mulai hari ini, China dan Malaysia, Brunei Darussalam, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina akan saling menurunkan tarif 7000 jenis barangan. Setelah rancangan itu dikuatkuasakan, jumlah perdagangan dua hala akan meningkat dengan cepat.
|