Menurut berita CRI, Profesor Wang Lujiang yang bertugas di Universiti Bahasa dan Kebudayaan Beijing dalam Persidangan Bahasa Mandarin Dunia yang diadakan hari ini menyatakan, kerajaan China akan melaksanakan pembaharuan penting terhadap Peperiksaan Tahap Penggunaan Bahasa Mandarin dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini untuk memenuhi permintaan warta asing belajar bahasa Mandarin.
Beliau menyatakan, setelah melaksanakan pembaharuan, peperiksaan tersebut akan dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya peperiksaan tahap penggunaan bahasa mandarin kanak-kanak, pegawai perdagangan, pelancongan dan setiausaha. Selain itu, peperiksaan itu akan meliputi edisi Amerika Utara, Jepun, Korea Selatan dan lain-lain.
|