Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-21 14:07:13    
Atlet Terkenal China—Liu Xiang

CRI
Liu Xiang ialah atlet olahraga terkenal China, beliau telah meraih pingat emas dalam pertandingan acara 110 meter lari lompat pagar Sukan Olimpik Athens 2004. Pada awal bulan ini, beliau telah menyertai Pertandingan Persekutuan Olahraga Antarabangsa yang diadakan di Eropah. Dalam tiga pertandingan, beliau telah meraih satu pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa. Beliau juga telah memperbaharui rekod terbaiknya pada tahun ini dengan catatan masa 13''05 di Lausanne, Swizerland.

Pada 1 Julai lalu, pertandingan Persekutuan Olahraga Antarabangsa diadakan di Paris, Perancis terlebih dahulu. Liu Xiang dalam pertandingan di Paris akan bertanding dengan beberapa saingan utama seperti Alan Johnson, atlet veteran A.S. dan lain-lain. Selain menghadapi cabaran sengit, Liu Xiang juga perlu menangani wawancara para wartawan China dan luar negara. Liu Xiang telah diganggu oleh faktor luar dan beliau belum dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu di Perancis. Dengan keadaan itu, Liu Xiang bertanding dengan beberapa atlet unggul dan hanya meraih pingat gangsa dengan catatan masa 13"06. Liu Xiang telah mengalami kegagalan pada mulanya dalam pertandingan Persekutuan Olahraga Antarabangsa kali ini.

Walaupun pertandingan yang diadakan di Lausanne bukan pertandingan utama Persekutuan Olahraga Antarabangsa, tetapi jurulatih Liu Xiang, Sun Haiping berpendapat bahawa Liu Xiang boleh menyertai pertandingan di Lausanne sebelum menyertai pertandingan di Rom sebagai latihan. Dalam pertandingan itu, Liu Xiang telah memperbaharui rekod terbaiknya pada tahun ini dengan 13"05 tanpa beberapa saingan utama seperti Johnson. Liu Xiang dan jurulatihnya telah tambah yakin bahawa Liu Xiang akan mencapai kejayaan dalam pertandingan itu.

Setelah pertandingan itu berakhir pada 5 Julai, Liu Xiang dengan segera pergi ke Rom dalam cuaca yang sangat panas. Dalam tempoh seminggu, Liu Xiang menyertai tiga pertandingan antarabangsa dan beliau telah mengalami cabaran yang serius. Setelah pertandingan berakhir, Liu Xiang berkata bahawa beliau berasa sangat letih dari segi rohani dan ini halangan yang paling besar bagi seseorang atlet. Justeru Liu Xiang juga gagal meraih pingat emas dalam pertandingan itu.

Setelah Liu Xiang meraih pingat emas dalam pertandingan acara 110 meter lari lompat pagar Sukan Olimpik Athens 2004, orang awam telah menaruh harapan yang terlalu tinggi terhadap Liu Xiang, dan kebanyakan orang tidak dapat menerima kegagalan Liu Xiang. Dalam pertandingan yang diadakan pada tahun ini, Liu Xiang banyak kali memperbaharui rekod terbaiknya. Ramai orang berpendapat bahawa Liu Xiang telah menyertai banyak aktiviti sosial dan komersial setelah beliau menjadi johan dan ini banyak mempengaruhi latihan Liu Xiang.

Aktiviti tersebut memang telah mempengaruhi Liu Xiang tetapi rekod pertandingannya juga sering diperbaharui setelah beliau menjalani latihan pada musim sejuk lalu.kejayaan yang berterusan itu membuktikan latihan Liu Xiang sekarang sangat baik.

Saingan utama Liu Xiang, atlet terkenal dunia, Johnson berkata, "Kehebatan Liu Xiang ialah kejayaannya yang berterusan, beliau pasti akan terus mencapai kemajuan."

Mereka yang kurang berpuas hati dengan rekod pertandingan Liu Xiang sekarang kerana Liu Xiang memenangi pingat emas Sukan Olimpik dengan catatan masa 12"91. Keputusan itu dicapai sekali sahaja dan tidak mungkin berulang setiap kali.

Liu Xiang pernah mengalami masalah tetapi beliau sudah menghapuskan halangan dan bersungguh-sungguh berlatih. Beliau juga telah membuktikan kehebatannya dengan keputusan pertandingan yang berterusan. Mereka yang menumpukan perhatian terhadap Liu Xiang harus bersabar dan menanti-nantikan Liu Xiang mencapai kemajuan yang lebih besar pada masa akan datang.

----Wang Jin