Pada tahun 2004, China menjadi negara perdagangan ketiga terbesar dunia, jumlah keseluruhan perdagangan import-eksport setahun melebihi 1100 bilion dolar Amerika. Tetapi, pada masa ini, banyak negara di dunia berpendapat, China bukan negara ekonomi pasaran, ketika barangan China dieksport ke pasaran negara lain, sentiasa dikenakan sekatan antilambakan yang tidak adil. Ini telah membawa kesan negatif terhadap perkembangan perdagangan luar China. Forum Beijing China-Amerika Syarikat tentang ekonomi pasaran baru telah diadakan di Beijing baru-baru ini. Tokoh ekonomi China dan Amerika Syarikat mengadakan perbincangan tentang topik sistem ekonomi pasaran dalam pembangunan China.
Forum itu bertujuan untuk menyempurnakan sistem ekonomi pasaran China dan mendorong dunia mengakui kedudukan ekonomi pasaran China. Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China Encik Li Guixian ketika menyampaikan ucapan dalam forum itu menyatakan, China berusaha untuk menyempurnakan sistem ekonomi pasaran, pelbagai negara di dunia harus mengetahui pembangunan ekonomi pasaran China dan bersama-sama menggalakkan pembangunan ekonomi dunia.
Beliau berkata "Pembangunan ekonomi pasaran China, membawa faedah yang lebih banyak kepada rakyat China dan juga memberi sumbangan terhadap perkembangan ekonomi dunia. China telah menubuhkan sistem ekonomi pasaran yang menyeluruh, tetapi banyak negara tidak mengadakan kajian yang teliti terhadap sistem ekonomi pasaran China dan menuntut China menunaikan tanggungjawab yang bukan kewajibannya, ini adalah tidak adil bagi China".
Dimaklumkan, banyak negara di dunia berpendapat, China sebuah negara bukan ekonomi pasaran, oleh itu, negara tersebut mengira kosnya menggunakan barangan jenis yang sama dari negara ketiga ketika mengadakan siasatan antilambakan terhadap barangan China. Tetapi, gaji pekerja negara ketiga yang dipilih lebih tinggi daripada China, oleh itu, menyebabkan barangan China dikenakan sekatan antilambakan yang tidak adil. Namun, mengakui sebuah negara sama ada telah menubuhkan sistem ekonomi pasaran atau tidak, standard utama yang lazim digunakan di arena antarabangsa adalah cara pengagihan sumber dan peranan kerajaan dalam ekonomi pasaran. Oleh itu, Pegawai Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik Fan Hengshan menyatakan, China telah menubuhkan sistem ekonomi pasaran yang menyeluruh.
Beliau berkata: "Kini, dalam perkembangan ekonomi, pengagihan sumber barangan ataupun pengagihan sumber utama, telah mencapai taraf yang tinggi di pasaran. Hanya terdapat beberapa jenis barangan yang harganya ditetapkan oleh negara, Sistem pengesahan dan cara pentadbiran kerajaan sedang berubah. China menjadi sebuah negara ekonomi pasaran".
Pada beberapa tahun yang lalu, China berusaha untuk menyempurnakan sistem ekonomi pasaran, menggalakkan sistem hak milik kepelbagaian ekonomi berkembang bersama-sana, membenarkan modal swasta melabur dalam industri tenaga elektrik, petroleum dan lain-lain. Selain itu, China terus meningkatkan pembaharuan perusahaan milik negara dan daya saing perusahaan. Serentak itu, mengubah fungsi kerajaan, menubuhkan sistem kawalan makro ekonomi supaya pasaran memainkan peranan dalam pengagihan sumber.
Tokoh ekonomi Amerika Syarikat yang menyertai forum itu juga memuji kejayaan yang dicapai oleh China dalam mengembangkan ekonomi pasaran. Profesor Arthur Blakenore dari Universiti Negeri Arizona menyatakan, kerajaan China boleh memainkan peranan yang lebih besar dalam persaingan yang adil di pasaran.
Pegawai Biro Siasatan Ekonomi Negara Amerika Syarikat, Profesor Jeffrey Coles dalam forum itu berkata, China perlu terus mengembangkan pasaran modal, menyediakan kemudahan kepada perusahaan mengumpulkan modal. Perusahaan China juga perlu memperbaiki struktur pengurusan dan meningkatkan daya saing pasaran.
Beliau berkata: "Peranan pasaran modal dalam ekonomi pasaran ialah menggunakan sumber untuk mendapat keuntungan yang paling tinggi supaya modal dan sumber diedarkan dari bidang yang memperoleh keuntungan yang rendah menuju ke bidang yang memperoleh keuntungan yang tinggi."
---- Wang Ling
|