Menurut Harian Renmin Ribao: berdasarkan laporan statistik yang diumumkan oleh Pusat Maklumat Internet China tentang perkembangan internet China semalam, setakat akhir bulan Jun, jumlah pengguna internet China melebihi 100 juta orang. Angka itu menduduki tempat kedua di dunia selepas A.S..
Berdasarkan laporan itu, komputer yang digunakan untuk melayari laman web melebihi 45 juta buah di China. Selain itu, sumber asas internet China juga berkembang maju.
|