Menurut Agensi Berita Xinhua China, China membentuk jaringan perlindungan spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar yang hampir pupus di Provinsi Yunnan pada masa ini untuk menyelamatkan ramai spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Berdasarkan maklumat jabatan berkaitan, kerajaan Provinsi Yunnan berusaha melindungi haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang hampir pupus di taman tumbuh-tumbuhan, taman pokok, taman binatang dan membuka pangkalan perlindungan di pelbagai tempat di provinsi itu serta menjalankan penyelidikan pembiakan. Pada masa ini, banyak pusat pemeliharaan dan pembiakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar dan puluhan pusat penyelamat haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar telah ditubuhkan di provinsi itu agar jumlah haiwan dan tumbuh-tumbuhan liar di provinsi itu berjaya meningkat.
|