|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Bank Rakyat China mengeluarkan pengumuman semalam bahawa mulai 21 Julai, China berdasarkan keperluan pasaran, melaksanakan sistem kadar tukaran wang asing diapung yang melibatkan beberapa mata wang utama dan kadar tukaran RMB tidak hanya bergantung kepada dolar Amerika.

Dinyatakan dalam pengumuman tersebut bahawa kadar tukaran RMB diapung dalam sekumpulan mata wang utama bagi memastikan kadar tukaran yang stabil kepada nilai yang wajar. Serentak itu, China akan berdasarkan situasi kewangan dan ekonomi dalam dan luar negara serta keperluan pasaran, menetapkan kadar tukaran RMB, melakukan pengurusan yang lebih fleksibel terhadap kadar tukaran RMB agar dapat menjamin kestabilannya dalam nilai yang wajar.

|