Menurut Harian "Renminribao" China hari ini, Forum Hutan Bandar China ke-2 akan dirasmikan di bandar Shenyang, bahagian timur laut China pada bulan Ogos.
Forum Hutan Bandar China merupakan forum peringkat tinggi yang diselenggarakan oleh kerajaan China tentang masalah pembangunan dan perkembangan hutan bandar. Forum tahun ini bertema "Dorong Pembangunan Hutan Bandar dan Berusaha Bangunkan Masyarakat Harmoni" dan terdiri daripada 2 komponen iaitu "Forum Datuk bandar" dan "Forum Pakar".
|