|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Gabenor Bank Rakyat China Zhou Xiaochuan semalam di Beijing memaklumkan bahawa baru baru ini, China telah menetapkan semula kadar pertukaran nilai RMB dan tindakan itu memainkan peranan kecil dalam usaha meredakan defisit perdagangan dan kewangan A.S..
Zhou Xiaochuan menegaskan bahawa China menetapkan semula kadar pertukaran nilai RMB kali ini merupakan sebuah keputusan inisiatif yang diperlukan dalam perkembangan ke ekonomi pasaran sosialis dan penyusunan semula sumber tenaga serta diperlukan dalam pembaharuan dan perkembangan mantap dalam jangka masa panjang. Ia bukan keputusan yang diambil setelah berkomunikasi dengan negara lain.
|