Menurut berita CRI, Perhimpunan Sejarah Sains Antarabangsa ke-22 selama 7 hari telah dirasmikan di Beijing hari ini. Perhimpunan tersebut pertama kali diadakan di China. Seramai hampir seribu orang saintis yang terkenal dari lebih 70 buah negara dan kawasan telah menghadiri perhimpunan tersebut.
Perhimpunan Sejarah Sains Antarabangsa merupakan perhimpunan keilmuan yang paling tinggi peringkatnya yang dianjurkan oleh Persatuan Sejarah Sains Antarabangsa setiap 4 tahun sekali.
Dimaklumkan bahawa Perhimpunan Sejarah Sains Antarabangsa ke-22 kali ini akan menumpukan perhatian terhadap pertukaran sains dan teknologi antara kebudayaan yang berlainan serta pengaruhnya terhadap dunia.
|