Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-25 15:21:30    
China Majukan Pembaharuan Sektor Guaman

CRI

Peguam China mengadakan Kongres Kebangsaan Peguam China di Beijing baru-baru ini untuk membincangkan isu perkembangan sektor guaman China pada masa depan. Ahli Dewan Negara China encik Zhou Yongkang dalam kongres itu menyatakan, kerajaan China akan mempercepat pembaharuan dan perkembangan sektor guaman, membangunkan pasukan peguam yang berkualiti tinggi, agar mereka memainkan peranan yang lebih penting.

Persatuan Peguam Seluruh China merupakan pertubuhan yang menguruskan sektor guaman di sisi undang-undang. Pengerusi Persatuan itu encik Gao Zongze memaklumkan tentang perkembangan sektor guaman China dalam tempoh tiga tahun yang lalu dalam Kongres Kebangsaan Peguam China. Beliau menyatakan,

"Dalam tempoh tiga tahun lalu, sektor guaman China mencapai kemajuan seiring dengan perkembangan pembaharuan sistem politik dan ekonomi kerajaan. Kualiti para peguam terus meningkat, mereka menyediakan perkhidmatan undang-undang yang baik kepada masyarakat dalam pelbagai bidang antaranya sosial, politik, ekonomi dan kebudayaan. Serentak itu, para peguam juga menyertai aktiviti sosial."

Berdasarkan maklumat encik Gao Zongze, terdapat seramai hampir 120 ribu peguam di China pada masa ini. Mereka terlibat dalam kes mendakwa, melindungi hak dan kepentingan penduduk awam, orang perseorangan dan pertubuhan lain di sisi undang-undang, menjamin pelaksanaan undang-undang dengan adil; menyediakan bantuan undang-undang, memelihara keadilan masyarakat; menyediakan perkhidmatan sivil kepada orang awam dan syarikat perdagangan, mendorong pembentukan dan penyempurnaan ekonomi pasaran serta menjamin pertukaran dengan negara lain dalam bidang ekonomi dilaksanakan dengan lancar.

Ahli Dewan Negara China encik Zhou Yongkang yang menyertai Kongres Kebangsaan Peguam China itu mengiktiraf peranan penting yang dimainkan oleh peguam China dalam perkembangan sosioekonomi di China. Beliau menyatakan, kerajaan China akan mempercepat perkembangan pembaharuan sektor guaman pada masa depan agar para peguam memainkan peranan yang lebih penting.

Encik Zhou Yongkang menyatakan, "Kerajaan China akan meningkatkan pembaharuan dan mendorong inovasi sistem pengurusan peguam. Berdasarkan prinsip mempertahankan keyakinan, menguasai ilmu undang-undang, memelihara keadilan dan membentuk mekanisme jangka panjang pembangunan kumpulan peguam."

Encik Zhou Yongkang melahirkan harapan agar peguam China memelihara peraturan ekonomi yang normal di sisi undang-undang, mendorong penyempurnaan kawalan perundangan demokratik, memainkan peranan penting dalam pembaharuan sistem ekonomi dan pelbagai aktiviti perdagangan.

Encik Zhou Yongkang menuntut jabatan berkaitan menumpukan perhatian terhadap perkembangan sektor guaman. Beliau menyatakan,

"Jabatan berkaitan harus bekerjasama dengan jabatan pentadbiran kehakiman, menstandardkan prosedur perkhidmatan peguam, menjamin perkembangan sektor guaman."

----Ching