Sempena Hari Alam Sekitar Dunia ke-34, Menteri Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China encik Xie Zhenhua semasa diwawancara wartawan Agensi Berita Xinhua China menyatakan, China menghadapi banyak kesukaran memulihara ekologi alam sekitar kerana mekanisme perlindungan, sistem perundangan dan sistem kawalan tidak sempurna. Mulai sekarang sehingga tahun 2020 merupakan tempoh penting perkembangan sosioekonomi China dan usaha perlindungan ekologi alam sekitar. Sehubungan dengan itu, kerajaan China akan berusaha membangunkan masyarakat yang menjimatkan sumber alam dan melindungi ekologi alam sekitar berdasarkan prinsip mengutamakan kepentingan rakyat, mewujudkan keharmonian antara manusia dengan alam, menyusun semula struktur ekonomi dan mengubah cara pertumbuhan ekonomi.
Menurut maklumat encik Xie Zhenhua, China menghadapi masalah menangani usaha melindungi perlindungan ekologi alam sekitar dalam tiga aspek utama pada masa ini. Pertama pencemaran ekologi alam sekitar amat serius. Jumlah pelepasan bahan buangan terlalu banyak sehingga air di sungai dan tasik utama tercemar; pencemaran udara di bandar menjejaskan kesihatan penduduk; jumlah sisa buangan berbahaya industri dan sampah sarap di bandar meningkat; bunyi bising mengganggu kehidupan penduduk dan lain-lain. Kedua, ekologi alam sekitar terjejas hebat. Masalah-masalah tetap wujud seperti resapan air dan hakisan tanah, tanah menjadi padang pasir serta padang rumput dan hutan terjejas; penerokaan dan penggunaan sumber air di beberapa sungai di bahagian utara China tidak rasional sehingga fungsi ekologi tidak seimbang di kawasan aliran sungai tersebut. Dan ketiga cabaran yang lebih serius akan dihadapi pada masa depan. Disebabkan proses industrialisasi, perkembangan industri pengeluar kertas, tenaga elektrik, industri kimia dan lain-lain akan diteruskan sehingga kerajaan menghadapi kesukaran untuk mengawal pencemaran dan menjejaskan ekologi alam sekitar; serentak itu, dalam proses urbanisasi desa, pembangunan infrastruktur pemuliharaan ekologi alam sekitar di Bandar tidak moden, sejumlah besar bahan buangan dan air kumbahan tidak dapat dirawat dengan berkesan, pembangunan di kawasan pesisir pantai mengakibatkan ekologi alam sekitar di kawasan itu terjejas; pencemaran jenis baru terus meningkat disebabkan bahan buangan peralatan elektrik, pelepasan karbon floro-floro dan lain-lain.
Menurut encik Xie Zhenhua, untuk menjamin matlamat masyarakat kaya berjaya diwujudkan, kerajaan China berazam melaksanakan 10 tindakan untuk mengawal pencemaran ekologi alam sekitar. 10 tindakan tersebut termasuk melaksanakan konsep perkembangan secara saintifik, meningkatkan kesedaran rakyat China tentang perlindungan ekologi alam sekitar dengan perkembangan secara berterusan, memantau usaha perlindungan ekologi alam sekitar yang dilaksanakan oleh pegawai kerajaan, menggalakkan seluruh rakyat menyertai usaha perlindungan dan lain-lain. Selain itu, merancang dengan bersatu penduduk, sumber alam, ekologi alam sekitar dan perkembangan; membangunkan ekonomi berdasarkan prinsip menggunakan dengan efisien sumber tenaga dan melindungi ekologi alam sekitar; mewujudkan perkembangan industri tanpa pencemaran dan melindungi ekologi alam sekitar; melaksanakan sistem kawalan jumlah pelepasan bahan pencemaran; membentuk sistem menutup perusahaan yang teknologinya ketinggalan zaman dan mengakibatkan pencemaran serius; menyempurnakan sistem penyeliaan ekologi alam sekitar; memingkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang itu dan lain-lain.
----Ching
|