Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-25 16:57:37    
Forum Kerjasama dan Pembangunan Pan-Delta Sungai Mutiara Ke-2 Dirasmikan di Chengdu

CRI

Menurut berita CRI, Forum Kerjasama dan Pembangunan Pan-Delta Sungai Mutiara Ke-2 telah dirasmikan di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan China hari ini.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang Yam-kuen dalam forum itu menyatakan, Hong Kong akan terus aktif menyertai dan mendorong kerjasama ekonomi di kawasan tersebut.

Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Makau, Ho Hau Wah dalam forum itu berkata, Makau akan terus memberi sumbangan dan menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dalam kerjasama Tanah Besar China dengan negara-negara berbahasa Portugis.

Dimaklumkan, dalam forum selama empat hari itu, pelbagai pihak akan menumpukan perhatian kepada usaha bagaimana menyempurakan mekanisme kerjasama di kawasan itu dan mewujudkan sistem pasaran yang terbuka dan selaras serta mengemukakan cadangan konkrit untuk meningkatkan kerjasama antara satu sama lain.