Menurut Agensi Berita China, baru baru ini dasar ekonomi makro China sama ada akan terus dilaksanakan atau tidak pada setengah tahun kedua tahun ini menjadi tumpuan umum. Dalam Forum Peringkat Tinggi Trend Ekonomi Makro dan Perkembangan Perusahaan China yang diadakan di Beijing baru-baru ini, Naib Menteri Kewangan China, Xiao Jie mendedahkan bahawa pada setengah tahun kedua tahun ini dan masa seterusnya, China akan terus melaksanakan dasar kewangan yang stabil dan memelihara dasar kewangan yang stabil.
Difahamkan, bahagian kewangan China menganggap bahawa dasar kewangan yang staibl mesti diamalkan terus berdasarkan 4 sebab. Pertama, kadar pertumbuhan ekonomi China semakin diperlambat dan pertumbuhannya pada tahap rasional. Kedua, taraf harga barangan China stabil bahkan menunrun, dan harga membangun tidak akan wujud dalam masa singkat . Ketiga, struktur ekonomi China kurang rasional dan ini akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi China yang stabil. Dan keempat, pembaharuan sistem ekonomi China perlu dipercepatkan.
Xiao Jie menyatakan, disamping memelihara dasar kewangan yang staibl, bahagian kewangan China akan menjalankan pengaturan yang sederhana terhadap keadaan dan masalah yang baru dalam ekonomi China. Melalui mempercepat pembaharuan dan penyusunan semula strukturnya, menangani unsur tidak munasabah dalam ekonomi untuk memelihara ekonomi China meningkat dengan staibl.
Xiao Jie mendedahkan, defisit kewangan China akan mencatat 300 bilion yuan RMB pada beberapa tahun akan datang. Bahagian kewangan China akan terus mendorong pembaharuan cukai di desa.
Xiao Jie menambah, bahagian kewangan akan mempercepat mendorong penggubalan undang-undang tentang menggabungkan cukai pendapatan perusahaan China dan firma asing, menyediakan iklim saingan pasaran sama rata untuk mengurangkan tekanan kepada kenaikan nilai mata wang RMB.
Dimaklumkan bahawa China akan menyelidik penyusunan semula cukai jualan.
|