Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-28 15:28:20    
Rahsia Pasukan Bola Tampar Wanita China Alami Kesukaran

CRI

Selepas persaingan selama sebulan, Pertandingan Grand Prix Bola Tampar Wanita Dunia 2005 berakhir di Jepun pada 18 Julai. Pasukan Bola Tampar Wanita China yang meraih pingat emas dalam Sukan Oimpik Athens mencapai tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Pasukan itu pernah memenangi johan dunia pada tahun 2003 dan meraih pingat emas Sukan Olimpik 2004.

Pada pertandingan musim ini, Pasukan Bola Tampar Wanita China yang terdiri daripada pemain veteran dan pemain muda sentiasa mengalami kegembiraan dan kesedihan. Pada bulan Mei, mereka mencapai kemenangan 10 kali dalam pertandingan antarabangsa yang diadakan di China. Akan tetapi, pada bulan Jun, mereka ditewaskan oleh pasukan Itali dan Brazil dalam Pertandingan Pasukan Ulung Bola Tampar Wanita Switzerland. Selepas mencapai dua kemenangan dalam Pertandingan Grand Prix tersebut, pasukan wanita China ditewaskan dalam pertandingan separuh akhir dan menduduki tempat ketiga, khususnya tiga kali ditewaskan oleh pasukan Itali pada musim pertandingan ini. Para peminat sukar menerima kenyataan itu. Semasa menilai permainan mereka, Ketua Jurulatih Bola Tampar Wanita China Encik Chen Zhonghe berkata, "Tekanan pasukan China sangat besar, banyak kesilapan dalam pertandingan, persefahaman pemian veteran dan pemain muda masih tidak serasi, tahap psikologi pemain tidak mantap."

Masalah psikologi yang disebut oleh Chen Zhonghe tersebut memang merupakan salah satu masalah yang harus diatasi oleh Pasukan Bola Tampar Wanita China. Pemian pasukan tersebut Zhao Ruirui berpendapat,

"Kedudukan kami pada masa lalu berbeza dengan kedudukan sekarang. Pada masa lalu, kami mencabar pasukan lain, walaupun kami mencapai kemenangan, akan tetapi prestasi kami bukan begitu hebat. Selepas Sukan Olimpik Athens, kami berada dalam kedudukan yang lebih tinggi, pasukan lain ingin mencabar kami dan mengkaji kekuatan kami, oleh itu boleh dikatakan menjadi johan senang, mengekalkan johan sukar."

Pasukan Bola Tampar Wanita terdapat masalah teknik, strategi, psikologi dan lain-lain, tetapi tidak boleh menganggap prestasi pasukan China menurun. Sehubungan dengan itu, pegawai Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara China Encik Xu Li berkata, "memikirkan dari satu priod Olimpik, tahun ini merupakan 'tahun pengubahsuaian'. Kami melaksanakan pengubahsuasian yang menyeluruh dalam aspek psikologi, pemain, cadangan, latihan, teknik pegawai dan lain-lain. Seperti pasukan lain, tahun selepas Sukan Olimpik merupakan tahun pengubahsuaian. Oleh itu, mengambil bahagian dalam pertandingan dalam tempoh ini adalah untuk mengetahui kekuatan pihak lawan, mencari kelemahan diri sendiri dan mengkai latihan pasukan sendiri dalam pelbagai bidang."

Pada musim pertandingan ini, pasukan China menghantar ramai pemain muda mengambil bahagian dalam pertandingan. Xu Li menyatakan kalau persembahan pemain muda dalam pertandingan adalah baik, maka tidak perlu menggunakan banyak masa untuk melatih mereka. Matlamat pasukan Bola Tampar Wanita China sebelum Sukan Olimpik 2008 sama seperti kenyataan Zhao Ruirui "di samping mengekalkan tradisi pasukan, kami juga akan mewujudkan keistimewaan baru."

Hanya dengan berbuat demikian, pasukan Bola Tampar Wanita China baru boleh meningkatkan prestasi dan mencapai kejayaan dalam Sukan Olimpik Beijing 2008.