Menurut berita CRI, jurucakap Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Encik Cao Yushu hari ini di Beijing menyatakan bahawa perkembangan ekonomi China kekal stabil pada separuh tahun kedua tahun ini.
Beliau menyatakan sejak tahun ini pelaburan aset tetap China mengekalkan trend perkembangan yang baik, peningkatan penggunaan dan eksport juga mendorong perkembangan ekonomi. Berdasarkan faktor itu, ekonomi China dijangka akan mengekalkan trend perkembangan yang baik pada separuh tahun kedua tahun ini.
|