Menurut Agensi Berita China, baru baru ini Kastam Shanghai mendedahkan, pada setengah tahun pertama tahun ini, import eksport Shanghai-ASEAN memelihara pertumbuhan stabil, jumlah import eksport mencatat 15.9 bilion dolar Amerika yang telah bertambah 26% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2004, jumlah perdagangan Shanghai-ASEAN menduduki tempat ke-4, selepas Kesatuan Eropah, A.S. dan Jepun.
Kedudukan geografi China dan ASEAN dekat, maka mengembangkan hubungan kerjasama ekonomi dan perdagangan mempunyai kelebihan yang istimewa dari segi geografi, kedua-dua pihak berpotensi besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan kerana sturktur sumber dan perusahaan kedua-dua pihak boleh saling melengkapi. Sejak tahun 1990, jumlah perdagangan dua hala China-ASEAN bertambah kira-kira 20% purata setiap tahun, skop perdagangan dua hala terus membesar. Pada 20 Julai yang lalu, "Perjanjian Perdagangan Barangan Perjanjian Rangka Kerjasama Ekonomi China-ASEAN yang Menyeluruh" dilaksanakan secara rasmi, China dengan Burnei Darussalam, Malaysia, Indonesia, Myanmar, Singapura dan Thailand melaksanakan kadar cukai perjanjian, kadar tarif purata menurun kepada 8.1%. Ini merupakan tenaga dorongan baru bagi perkembangan ekonomi China-ASEAN.
Angka statistik mencerminkan, antara negara ASEAN, perhubungan perdagangan Singapura, Malaysia, Thailand, Filipina dan Indonesia dengan Shanghai paling erat. Pada setengah tahun pertama tahun ini, jumlah import eksport Shanghai dengan kelima lima negara tersebut mencapai 14.4 bilion dolar Amerika yang menempati 90% jumlah keseluruhan perdagangan Shanghai-ASEAN.
Pakar Jawatankuasa Ekonomi dan Perdagangan Luar Shanghai, encik Wu Gengbao berkata, Shanghai dekat dengan ASEAN, ekonomi boleh saling melengkapi, maka kedua-dua pihak harus menjadi rakan kerjasama strategi dalam bidang ekonomi dan perdagangan.
Memandang perdagangan pada tahun ini, mesin dan elektrik, barangan audio dan vedio menempati lebih 65% perdagangan Shanghai-ASEAN. Selain perdagangan barangan, ASEAN juga merupakan pasaran pelaburan dan projek mengikat kontrak bagi perusahaan Shanghai.
|