Kumpulan Loreal merupakan perusahaan pengeluar kosmetik yang terbesar dan terkenal di dunia pada masa ini. Semenjak tahun 1998, Kumpulan Loreal memasuki pasaran China. Kumpulan Loreal China telah berkembang menjadi perusahaan pengeluar kosmetik yang ketiga terbesar di pasaran China dan jumlah jualannya di pasaran China menduduki tempat pertama dari Kumpulan Loreal di pasaran sejagat pada tiga tahun yang lalu.
Berbanding Syarikat kosmetik terkenal yang lain, Kumpulan Loreal agak lewat memasuki pasaran China. Pada tahun 1996, Kumpulan Loreal telah membina Kilang pengeluar komestik seluas hampir 100 ribu meter persegi di China dengan pelaburan sebanyak 50 juta dolar Amerika. Setahun kemudian, cawangan Kumpulan Loreal ditubuhkan di Shanghai. China mempunyai 100 juta wanita muda, barangan keperluan wanita yang dikeluarkan oleh kumpulan Loreal dijual di pasar raya China untuk memenuhi keperluan mereka.
Strategi penjualan Kumpulan tersebut telah mencapai kejayaan yang sangat cepat. Oleh itu, Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Loreal China Encik Paolo Gasparrinni berpuas hati dengan kejayaan tersebut. Beliau berkata: " Saya berpendapat, perusahaan kami berkembang dengan baik di China dan masa depannya amat cerah. Barangan kosmetik jenama terkenal Syarikat kami telah dipasarkan di China dan semua barangan kami sesuai digunakan oleh rakyat China".
Melalui perkembangan dalam beberapa tahun yang lalu, barangan kosmetik Loreal telah dipasarkan di lebih 500 bandar di China. Kuota Lancome dan Maybelline Kumpulan Loreal di pasaran China menduduki tempat pertama antara barangan jenis yang sama.
Selain itu, Kumpulan Loreal juga mengurangkan harga sebahagian kosmetik jenama terkenal antarabangsanya dan bergabung dengan dua Syarikat kosmetik yang menempati kuota yang banyak di pasaran China. Tindakan ini bukan saja telah menambah kuota Kumpulan Loreal di pasaran kosmetik China, tetapi juga produktivitinya di China meningkat lebih tiga kali ganda.
Tindakan yang berjaya telah mempercepat perkembangan Kumpulan Loreal di China. Semenjak tahun 2002, jumlah jualan Kumpulan Loreal di China meningkat dengan kadar 50% setiap tahun. Pada tahun 2004, jumlah jualan Kumpulan Loreal di pasaran China mencatat kira-kira 3 bilion yuan Renminbi, meningkat 99% berbanding masa yang lalu. Pengarah Urusan Syarikat Kumpulan Loreal China Encik Paolo Gasparrtini memaklumkan: "Syarikat kami mencapai kejayaan tersebut, disebabkan Syarika Loreal China telah memberi sumbangan besar meningkatkan jumlah jualan produk kami di pasaran tempatan".
Kini, Kumpulan Loreal telah membuka tiga buah kilang pengeluar kosmetik di China, barangan kosmestik itu, selain dipasarkan di China, juga dieksport ke pasaran Jepun, Republik Korea dan negara-negara di Asia Tenggara. Selan itu, Syarikat Kumpulan Loreal China juga mempunyai 3 ribu orang kakitangan termasuk lebih 10 orang warga asing.
Berdasarkan statistik, kadar pasaran kosmestik China kini melebihi 5 bilion dolar Amerika dan sedang meningkat dengan kadar 20% setiap tahun. Tokoh perniagaan menjangka, pasaran kosmestik China mungkin menjadi pasaran yang terbesar di Asia pada masa akan datang. Untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam persaingan yang sengit, Kumpulan Loreal melabur 6 juta Euro untuk menubuhkan Pusat Kajian Kosmetik Sejagat Loreal di Shanghai. Ketua Pengurus Pusat Penyelidikan Syarikat Kumpulan Loreal China Encik Didier Saint-Lager berkata, selepas pusat itu ditubuhkan, Pusat itu akan mengadakan kajian terhadap kulit dan rambut rakyat China dan mengeluarkan barangan kosmetik yang sesuai digunakan oleh mereka.
Beliau berkata: "Kumpulan Loreal telah menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan di pelbagai negar di dunia, selain pusat Penyelidikan dan pembangunan di China, kumpulan kami juga telah menubuhkan 14 pusat Penyelidikan dan pembangunan di New York, Paris, Tokyo dan bandar-bandar lain. Pusat penyelidikan tersebut akan melakukan kajian dan mengeluarkan barangan yang sesuai digunakan oleh para pengguna tempatan.
|