Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-04 14:46:32    
Pingat Perak yang Susah Dicapai

Agensi Berita Xinhua China

Dalam pertandingan acara Boule balingan berturut-turut Kejohanan Dunia ke-7, atlet China Wang Mei meraih pingat perak. Wang Mei yang berumur 24 tahun terharu semasa berdiri di pentas menerima pingat. Untuk mencapai kemenangan itu, Wang Mei mengalami banyak kesukaran.

Kejayaan yang dicapai oleh Wang Mei amat bermakna bagi sukan Boule China. Itulah satu pingat perak yang sukar diraih.

Di China, sukan boule merupakan sukan yang asing bagi orang ramai. China melancarkan sukan boule sejak enam tahun lalu. Akan tetapi di Eropah, khususnya di negara asal sukan itu Perancis dan Itali, sukan boule mempunyai sejarah lebih seratus tahun dan merupakan acara yang sangat popular. Jurulatih pasukan Perancis berkata di Perancis sukan boule sama seperti bola ping pong di China.

Sukan boule mulai diperkenalkan ke China ketika pasukan bola boule Perancis melawat China pada tahun 1999. Wang Mei berumur 18 tahun yang merupakan mahasiswi tahun pertama Institut Sukan Xi'an mulai berkecimbung dalam sukan boule dan menjadi pemain pertama China dalam acara tersebut.

Pada tahun 2001, Wang Mei yang baru berlatih sukan boule selama dua tahun telah melayakan diri ke Kejohanan Dunia Ke-6 yang diadakan di Jepun, dan ini pertama kali beliau menyertai pertandingan peringkat antarabangsa. Persembahan Wang Mei dalam pertandingan itu amat baik, disebabkan kurang pengalaman dalam pertandingan antarabangsa, beliau tidak berjaya ke pertandingan akhir. Walaubagaimana pun, Wang Mei tetap meneruskan usaha untuk mencapai impiannya iaitu meraih pingat dalam pertandingan peringkat antarabangsa untuk pasukan China.

Beliau berjanji akan menyertai lagi Kejohanan Dunia pada 4 tahun akan datang. Selepas itu, Wang Mei sentiasa berlatih dalam sukan itu, walaupun beliau sibuk dengan pelbagai hal yang agak penting, antaranya termasuk, mencari pekerjaan selepas lulus dari institut. Namun prestasinya terus meningkat perlahan-lahan atas kegigihannya. Beliau dapat memberi saingan kepada pemain Perancis, Itali dan Croatia. Wang Mei menduduki tempat ketika dalam Kejohanan Dunia Paris 2004, dan melayakan diri menyertai Kejohanan Dunia Ke-7 yang diadakan di Jerman.

Wang Mei bersama dengan rakan sepasukannya, Guo Xiaomin menyertai pertandingan sukan boula dalam Kejohanan Dunia kali ini. Walaupun mereka mengalami selesema dan demam kerana tidak biasa dengan iklim di sana selepas tiba di Jerman. Selepas berbincang dengan jurulatih mereka, Fan San, Wang Mei dan Guo Xiaomin memutuskan menyertai pertandingan selepas menjalain rawatan.

Wang Mei telah menunjukkan kehebatannya dalam pertandingan yang diadakan pada 18 Julai lalu dan melayakan diri ke peringkat pertandingan separuh akhir dengan tempat kedua pada pertandingan pusingan awal. Selepas itu, beliau berjaya memasuki pertandingan separuh akhir selepas menewaskan pemain Perancis dengan mengutip 34 mata yang merupakan rekod Asia. Wang Mei hampir 3 hari tidak makan kerana sakit sebelum pertandingan akhir, namun beliau dengan sedaya upaya bertanding dengan pemain Itali, tetapi akhirnya tewas. Wang Mei meraih pingat perak dalam pertandingan tersebut yang juga merupakan pingat pertama pasukan boule China dalam kejohanan antarabangsa.