Seiring dengan China menganggotai WTO dan proses integrasi ekonomi berkembang pesat di sejagat, perusahaan pengedaran komoditi moden China juga berkembang maju. Perusahaan milik negara China, perusahan modal asing dan perusahaan swasta masing-masing meneroka pasaran dengan keunggulan mereka sendiri di China.
Berdasarkan statistik, pengedaran komoditi di China pada tahun 2004 dianggarkan bernilai 3.8 bilion Yuan RMB, meningkat 30% berbanding tahun 2003; nilai tambah yang diperoleh berjumlah 845.9 bilion Yuan RMB, meningkat 8.4% berbanding tahun 2003.
Kumpulan Syarikat Perkapalan Samudera China (China Ocean Shipping Group Company) (COSCO) dan Kumpulan Perkapalan China (China Shipping Group) merupakan perusahaan pengedaran komoditi penting di China kerana mempunyai daya saing yang kuat. Kumpulan COSCO merupakan perusahaan transnasional, memiliki dan mengendalikan lebih 600 kapal dagangan yang moden, skop perusahaan itu menduduki tempat pertama di China dan tempat teratas di dunia. Manakala Kumpulan Perkapalan China memiliki lima jenis kapal besar antaranya kapal kontena, penumpang, kapal minyak, kapal kargo dan kapal pengangkut khas, jumlah pengangkutan perusahaan itu mencatat 270 juta tan setahun.
Berdasarkan jangkaan tokoh yang berkenaan, dalam tempoh lima hingga 10 tahun yang akan datang, China akan menjadi negara yang jumlah pengangkutan kargo meningkat paling cepat di dunia. Sehubungan dengan itu, perusahaan modal asing mulai mempercepat langkah memasuki China. Naib Presiden Persekutuan Pengedaran Komoditi dan Pembelian China encik Ding Junfa dalam Forum Peringkat Tinggi Strategi Sumber Alam China yang diadakan baru-baru ini menyatakan, pasaran pengedaran komoditi China sangat luas, sejumlah besar perusahaan negara lain bersaing untuk melabur di pasaran China sekarang.
Berdasarkan maklumat, Prologis A.S.—syarikat pengedaran komoditi penting di dunia telah melabur lebih 200 juta Dolar Amerika di China. Syarikat itu akan melabur sekurang-kurangnya 1.29 bilion Dolar Amerika di China sebelum tahun 2009. Syarikat itu akan melabur di beberapa bandar pelabuhan di kawasan pesisir pantai dan bandar di bahagian tengah dan barat China, antaranya Tianjin, Nibo, Xiamen, Chengdu, Chongqing dan lain-lain. Pelaburan syarikat itu menarik perhatian orang ramai.
Perusahaan swasta China yang mekanismenya fleksibel juga mulai menyertai persaingan di pasaran pengedaran komoditi. Syarikat-syarikat pengedaran komoditi China baru antaranya Kumpulan Pengedaran Komoditi Yuancheng, Kumpulan Pengedaran Komoditi PGL dan Syarikat Pengangkutan Antara Lautan Beijing (China Interocean Transport, Inc.) (CIT) berkembang pesat, beberapa perusahaan pengangkutan, penyimpanan dan penjualan borong juga menyediakan perkhidmatan pengedaran komoditi, perusahaan-perusahaan tersebut menjadi saingan yang kuat dalam pasaran pengedaran komoditi.
Berdasarkan janji yang dibuat oleh China semasa menganggotai WTO, pasaran pengangkutan kargo perkhidmatan jalan kereta api akan dibuka. Kerajaan China menuntut sistem pengangkutan perkhidmatan kereta api perlu diubah, mengizinkan modal swasta memasuki pasaran pengangkutan kargo. Tindakan kerajaan China itu mendorong perusahaan pengedaran komoditi swasta menyertai perkhidmatan jalan kereta api.
Berdasarkan analisis, pada masa ini, pola persaingan pengedaran komoditi telah dibentuk dan akan mendorong perkembangan perusahaan pengedaran komoditi moden China.
----Ching
|