Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-28 15:33:14    
Mengapa Myanmar Lepaskan Sandang Jawatan Negara Pengerusi Bergilir ASEAN 2006

Agensi Berita Xinhua China

Menteri Luar negara ASEAN mengeluarkan Kenyataan Bersama di Vientiane Laos kelmarin sebagai berkata, Myanmar akan menumpukan tenaga untuk mendorong persepakatan nasional dan proses demokratik Myanmar, maka Myanmar memutuskan tidak bertanggungjawah negara pengerusi bergilir ASEAN 2006. Kenyataan bersama itu menegaskan, Menteri Luar ASEAN amat memahami keputusan kerajaan Myanmar dan menyanjung tinggi keputusan Myanmar adalah untuk menjamin perpaduan ASEAN supaya ia tidak dipengaruhi oleh hal ehwal dalam Myanmar.

Pemerhati berpendapat bahawa Myanmar membuat keputusan tersebut bukan sahaja ada sebab yang diceritakan dalam kenyataannya tetapi juga ada sebab lain. Melalui perkara itu, dapat melihat kesan campur tangan negara barat terhadap urusan rantau.

Myanmar menganggotai ASEAN pada tahun 1997, ini merupakan kejayaan besar Myanmar mengatasi sekatan diplomatik barat. Pada masa itu, walaupun negara barat termasuk A.S. amat menentang ASEAN menerima Myanmar sebagai anggotanya, akan tetapi ASEAN mengatasi tekanan besar dan mewujudkan rancangan ASEAN dengan 10 negara anggota.

Negara anggota ASEAN menyandang jawatan negara pengerusi ASEAN dengan bergilir merupakan hak dan kewajiban setiap negara ASEAN, dalam masalah tentang Myanmar sama ada menyandang jawatan negara pengerusi bergilir ASEAN 2006, beberapa negara barat selalu memberi tekanan politik dan diplomatik kepada Myanmar dan ASEAN dengan alasan keadaan hak asasi manusia dan proses demokratik Myanmar. Ada berita berkata, jika Myanmar menyandang jawatan negara pengerusi bergiliar ASEAN 2006, negara barat termasuk A.S. akan memulau sidang yang dianjurkan oleh ASEAN misalnya Forum Rantau ASEAN. Maka, beberapa negara ASEAN membimbangkan hubungan ASEAN dan negara barat termasuk A.S. dijejaskan.

Sesetengah pengulas berpendapat bahawa dengan berlatarbelakangkan tersebut, Myanmar mempertimbangkan kepentingan keseluruhan ASEAN dan hubungan ASEAN dengan negara barat termasuk A.S. dijejaskan oleh masalah Myanmar, Myanmar membuat keputusan tidak menyandang jawatan negara pengerusi bergilir ASEAN.