Menurut berita CRI, Sidang Menteri Luar ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan 10+3 selama sehari ditutup di Vientiane Laos semalam. Dalam sidang tersebut dikeluarkan kenyataan tentang situasi serantau dan antarabangsa.
Kenyataan tersebut mengalu-alukan rundingan enam pihak masalah nukelar Semenanjung Korea, menyokong pembaharuan PBB dan berpendapat bahawa pembaharuan itu harus dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan negara membangun. Kenyataan tersebut juga menegaskan akan terus meningkatkan mekanisme 10+3 dan mendorong kerjasama rantau Asia Timur.
|