Pegawai Akademi Sains China di bandar Lanzhou baru-baru ini menyatakan, pembangunan pusat kajian lapangan akan ditingkatkan agar pusat tersebut menjadi pusat pengawasan jangka panjang dan makmal kajian lapangan terbuka yang kemudahannya moden, pusat kajian lapangan contoh berteknologi tinggi dan model pengurusan yang cekap serta komponen penting sistem pengawasan perubahan bumi, menyediakan maklumat terbaru secara berterusan bagi perkembangan sains dan teknologi serta perubahan ekologi alam sekitar China.
Presiden Akademi Sains China encik Lu Yongxiang dalam sidang pembangunan pusat kajian lapangan menyatakan, pusat kajian lapangan itu merupakan asas saintifik penting bagi kerajaan menetapkan rancangan perkembangan sumber alam, ekologi alam sekitar dan sosioekonomi dan dasar strategi makro berkaitan. Pusat kajian lapangan tersebut juga memainkan peranan penting terhadap inovasi sains dan teknologi. Dalam tempoh lima tahun yang akan datang, pihak Akademi Sains China akan menumpukan perhatian terhadap pengawasan di tempat tertentu dan ujian yang dilaksanakan melalui jaringan dalam jangka panjang serta kajian bersepadu untuk meningkatkan fungsi pengawasan dan kajian lapangan, meningkatkan keupayaan inovasi di pusat pemantauan ekologi alam sekitar pangkalan industri, pertanian moden, pusat sumber laut dan lain-lain.
Ketua Pengarah Bahagian Sains dan Teknologi Sumber Alam dan Alam Sekitar Akademi Sains China encik Pu Bojie menyatakan, berdasarkan rancangan, jaringan yang akan dibangunkan meliputi jaringan pengawasan dan kajian ekologi alam sekitar di bandar bahagian timur China, jaringan pengawasan dan kajian perubahan udara dan iklim, jaringan pengawasan dan kajian laut berhampiran pantai, jaringan pengawasan dan kajian di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet dan lain-lain. Usaha pengawasan, ujian, penyelidikan dan menyediakan contoh akan dilaksanakan di pusat kajian lapangan, sehubungan dengan itu, pusat kajian lapangan seumpama makmal memainkan peranan penting untuk mengembangkan sains, menenuhi permintaan strategi kerajaan, membangunkan dan melindungi ekologi alam sekitar, mengembangkan sektor pertanian, mengurangkan dan mencegah bencana alam serta menggunakan sumber alam secara rasional dan berterusan. Dalam tempoh lebih 50 tahun sejak Akademi Sains China ditubuhkan, lebih 130 pusat kajian lapangan yang melibatkan bidang geologi, biologi, sains alam sekitar ruang angkasa, astronomi, akuatik dan lain-lain, antaranya jumlah pusat kajian lapangan dalam bidang sumber alam, ekologi alam sekitar dan pertanian mencatat hampir seratus buah. Pusat kajian lapangan tersebut telah ditubuhkan di pelbagai tempat.
Akademi Sains China telah membangunkan jaringan kajian sistem ekologi China pada tahun 1988, membangunkan semula pusat ekologi dan pusat kajian bersepadu di pelbagai kawasan ekologi utama China. Pusat ekologi tersebut dilengkapi dengan peralatan moden, kakitangan di pusat tersebut akan mengawasi, menganalisis dan menjalankan ujian berdasarkan sistem indeks pemantauan yang bersepadu. Setelah melaksanakan pengawasan, ujian dan kajian lapangan, para kakitangan Akademi Sains China akan mengumpulkan sejumlah besar data-data saintifik, mencapai banyak hasil inovasi sains dan tekonolgi yang penting dan memberi sumbangan kepada perkembangan sosioekonomi China.
----Ching
|