Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-01 13:09:33    
Sejumlah Penganggur Usahakan Perniagaan Sendiri Berkat Latihan Kerja "Seorang + Sekumpulan" Xiamen

Agensi Berita China

Menurut Agensi Berita China, dalam tempoh 3 tahun lalu sejak Program Latihan Kerja "Seorang + Sekumpulan" dilaksanakan di bandar Xiamen, Provinsi Fujian di bahagian tenggara China, sebanyak lebih 2,500 peluang kerja telah disediakan dan sejumlah penganggur menubuhkan syarikat kecil menjalankan perniagaan mereka sendiri atas bantuan program tersebut. Para penganggur tidak sukar lagi mendapat kerja semula atau mengusahakan kerjaya baru.

Baru-baru ini, Jabatan Buruh dan Jaminan Sosial Bandar Xiamen telah mengadakan Ekspo Program Kerja Baru ke-6 yang bertema "Seorang + Sekumpulan" dan memperkenalkan 56 program kerja kepada para penganggur, siswazah universiti atau institut dan tenaga buruh yang berlebihan di kawasan desa.

Dewan ekspo tersebut telah dibanjiri para pengunjung disebabkan ekspo yang lepas pernah menyediakan banyak peluang kerja dan mendapat reputasi baik di kalangan rakyat biasa.

Program "Seorang + Sekumpulan" merupakan rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan bandar Xiamen pada Julai 2003 untuk menggalakkan para penganggur mencari kerja semula.

Setakat ini, kerajaan bandar Xiamen telah mengadakan 65 kali kursus. Seramai 2,859 orang telah mengikuti kursus tersebut, antaranya seramai 2,586 orang telah memperoleh sijil dan seramai 1,375 orang telah mendapat kerja semula atau menubuhkan syarikat sendiri.

Encik Weng Jianping, pemilik Kedai Rangkaian Air Minum "Dushi Qingquan" menyertai ekspo tersebut dan mempromosikan perniagaan syarikatnya. Pada beberapa bulan lalu, beliau masih seorang penganggur. Tetapi Weng Jianping berjaya menamatkan kursus tersebut yang dianjurkan secara percuma oleh kerajaan Xiamen. Pada awal bulan Mac tahun ini, Weng Jianping menubuhkan sebuah syarikat kecil dan menjadi pengurus.

Weng Jianping berkata kepada wartawan Agensi Berita China bahawa setelah menyertai kursus tersebut yang dianjurkan oleh Jabatan Buruh dan Jaminan Sosial Xiamen, beliau mendapat kerja semula. Walaupun syarikatnya baru sahaja dibuka, tetapi beliau sudah mempunyai lebih 200 pelanggan dan merasa gembira kerana mempunyai perniagaan sendiri atas bantuan kerajaan.

Encik Guo, Naib Ketua Pengarah Pusat Latihan Kerja Xiamen yang bertanggungjawab terhadap Ekspo Program Kerja Baru ke-6 yang bertema "Seorang + Sekumpulan" memaklumkan, terdapat 16 orang lain seperti Encik Weng Jianping, setelah mengikuti kursus, berjaya menubuhkan syarikat sendiri dan sekarang mengunjungi ekspo itu untuk mempromosikan syarikatnya dan menerima orang lain pula bekerja dengannya.

Wu Xuexiang, Naib Ketua Pengarah Jabatan Buruh dan Jaminan Sosial Bandar Xiamen memaklumkan bahawa pada tahun 2003 hingga sekarang, Biro Buruh dan Jaminan Sosial Bandar Xiamen telah mengadakan 6 kali Ekspo Program Kerja Baru yang bertema "Seorang + Sekumpulan", menyediakan lebih 300 program kepada para penganggur dan seramai lebih 10 ribu orang telah mengunjungi ekspo itu. Antara peserta yang lulus dalam kursus itu, 40% telah mendapat kerja yang sesuai dengan keperluan sendiri melalui ekspo itu.

Program Latihan Kerja "Seorang + Sekumpulan" mendapat perhatian dan sokongan semakin besar daripada pelbagai lapisan masyarakat di China. Sejak tahun 2004, Jawatankuasa Bandar Xiamen Liga Pemuda Komunis China giat mendorong pelaksanaan program tersebut. Persatuan Kaum Wanita Xiamen juga menyokong program itu dan akan bekerjasama dengan Jabatan Buruh dan Jaminan Sosial Xiamen bersama-sama melaksanakan program latihan kerja.

----AZMI