Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-07-29 18:45:56    
China-Thailand Tandatangan Memorandum Persefahaman Kerjasama Sains dan Teknologi

CRI

Wartwan CRI melaporkan, upacara penandatanganan Memorandum Persefahaman Kerjasama Sains dan Teknologi Kementerian Sains dan Teknologi China-Kementerian Sains dan Teknologi Thailand telah diadakan di Bangkok hari ini.

Pada masa akan datang, kedua-dua negara akan menetapkan bidang kerjasama yang diberi keutamaan dan mendorong kerjasama sains dan teknologi.

Menteri Sains dan Teknologi China, Xu Guanhua yang mewakili kerajaan China menandatangani memorandum itu menyatakan bahawa China akan mendorong pelaksanaan memorandum itu supaya rakyat kedua-dua negara mendapat manfaat daripada hasil kerjasama tersebut.

Menteri Sains dan Teknologi Thailand, Korn Thapparansi yang mewakili kerajaan Thailand menandatangani memorandum itu berkata, penandatangan memorandum itu akan memainkan peranan penting dalam mendorong perkembangan sains dan teknologi kedua-dua negara.