Menurut berita CRI, Jabatan Penyiasatan Geografi China memaklumkan bahawa penyelidikan galian di Tibet mencapai kemajuan besar baru-baru ini. Berdasarkan keputusan penyelidikan, jumlah rizab galian tembaga di Tibet mencapai 20 juta tan, menempati satu pertiga dalam jumlah rizab tembaga di seluruh China.
Ketua Pengarah jabatan itu Encik Meng Xianlai menyatakan, ahli penyelidik telah menemui 16 tempat yang mempunyai rizab galian berskop besar di Tibet, pelbagai galian telah ditemui.
|