Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2005-08-01 14:11:29    
Tentera Laut Singapura dan Malaysia Bincang Rancangan Pengawasan Keselamatan Selat Melaka dari Udara

Agensi Berita China

Akhbar Singapura Lian He Zaobao melaporkan, Menteri Luar Singapura Yeo Yong-boon mendedahkan, tentera laut Singapura dan Malaysia sedang membincangkan rancangan pengawasan keselamatan di Selat Melaka dari udara, meningkatkan keselamatan laluan perkapalan dunia yang penting itu.

Yeo Yong-boon dalam Forum Rantau ASEAN yang diadakan di Vientiane Laos menyampaikan ucapan berkata, Singapura berharap Indonesia dan negara lain yang menggunakan Selat Melaka menyertai rundingan rancangan itu.

Cadangan Pengawasan Keselamatan Selat Melaka dari Udara dikemukakan oleh Naib Perdana Menteri Melaysia merangkap Menteri Pertahanan, Najib Tun Razak dalam Sidang Keselamatan Asia yang diadakan di Singapura pada awal Jun. Cadangan itu telah mendapat sokongan masyarakat antarabangsa.

Yeo Yong-boon menyatakan, jika rancangan itu dilaksanakan, negara di pesisir Selat Melaka akan berkongsi maklumat dan mendapat bantuan negara lain supaya keselamatan di selat itu terjamin dengan baik.

Beliau berpendapat Forum Rantau ASEAN harus menumpukan perhatian kepada keselamatan pelayaran. Beliau menyatakan, Singapura menyokong cadangan Menteri Luar Malaysia tentang mengadakan Sidang Keselamatan Laut Forum Rantau ASEAN.

Serentak itu, Yeo Yong-boon menegaskan, sebarang tindakan meningkatkan keselamatan Selat Melaka mesti menghormati kedaulatan negara di pesisir Selat Melaka dan berdasarkan undang-undang antarabangsa.

Yeo Yong-boon ketika diwawancara oleh pihak media berkata, berdasarkan peraturan undang-undang Laut PBB, kedaulatan dan hak dan kepentingan negara di pantai Selat Melaka harus dijamin tetapi mereka juga berkewajiban memberi bantuan kepada negara yang menggunakan Selat Melaka.

Yeo Yong-boon mendedahkan, Menteri Luar Indonesia sudah mengundang beliau dan Menteri Luar Malaysia menghadiri Sidang Peringkat Menteri Masalah Keselamatan Selat Melaka dan Singapura yang akan diadakan di Indonesia pada minggu ini, mengadakan rundingan tidak rasmi tentang kerjasama Singapura, Malaysia dan Indonesia di pesisir Selat Melaka.