Menurut Harian Renmin Ribao, calon juruterbang wanita China kumpulan ke-8 telah memulakan pengajian di Universiti Penerbangan Angkatan Udara di Changchun China baru-baru ini, dan memulakan kehidupan sebagai pelajar penerbangan selama 4 tahun. Mereka merupakan calon angkasawan wanita China kumpulan pertama.
Dimaklumkan, 35 orang pelajar itu dipilih daripada lebih 200 ribu orang lepasan sekolah menengah atas di seluruh negara.
Dimaklumakan lagi, sejak tahun 1951 sehingga sekarang, China telah melatih lebih 300 orang juruterbang wanita, dan merupakan salah satu negara yang melatih juruterbang wanita terbanyak di dunia.
|