|
Di kota Shunde provinsi Guangdong, ketika para penanam bunga memperkatakan tentang bunga, mereka menyatakan dengan yakin bahawa bunga kami dapat dibeli di pelbagai tempat di dunia yang ada orang Cina".
Biro Pemeriksaan dan Kuarantin Guangdong mendedahkan, pada pertengahan tahun pertama tahun ini, jumlah eksport bunga Shunde Guangdong bertambah banyak, bunga yang dieksport melalui pintu keluar masuk Shunde sebanyak lebih 9 juta batang, memperoleh pendapatan hampir 2.67 juta dolar Amerika, meningkat 85% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2004. Bunga Shunde amat terkenal dan dipasarkan di Netherland, Korea Selatan, A.S., Singapura, Jepun dan Taiwan. Sekarang Shunde sedang berusaha membangunkan bandar tersebut sebagai "kota bunga" yang bertaraf dunia.
Menanam bunga merupakan pekerjaan istimewa di Shunde, pada lebih dua ribu tahun yang lalu, Shunde pernah disebut sebagai "kampung bunga" dan "bandar bunga".
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perusahaan bunga Shunde terus berkembang, antaranya Kampung Chen amat terkenal. Berdasarkan statistik, setakat ini, pusat bunga Kampung Chen telah menarik pelaburan sebanyak 2.5 bilion yuan RMB, antaranya pelaburan asing menempati lebih 1/3; antara lebih 400 perusahaan di pusat bunga itu terdapat lebih 60 perusahaan asing, bunga amat berharga dari Britain, A.S., Perancis, Korea Selatan dan Australia terdapat di situ. Sekarang keluasan penanaman bunga di Kampung Chen mencapai hampir 1,500 hektar yang menempati 2/3 tanah pertanian, jumlah perniagaan mencapai lebih 1 bilion yuan RMB dan bertambah setiap tahun.
Di Korea Selatan, 90% bunga diimport dari Shunde China, pedagang Netherland dan Australis yang banyak mengeluarkan bunga juga mengetahui China adalah sebuah Kampung Chen yang mengeluarkan bunga. "Kampung bunga" yang menjual bunga di provinsi Guangdong dan China bahkan negara lain di dunia telah dibentukkan di Shunde dan akan terus berkembang.
Sekarang di Shunde terdapat hampir 20 ribu keluarga penanam bunga, mereka menubuhkan perusahaan bunga yang berskop besar dan menggunakan teknologi moden mengembangkan perusahaan mereka. Penduduk Shunde amat bangga, mereka berkata bunga Shunde boleh disaksikan di tempat yang ada landasan kereta api di China, bunga Shunde dapat dibeli di negara yang ada perantau China.
|