Sidang Bahasa Mandarin Sedunia pertama selama 3 hari telah diadakan di Beijing pada 20 Julai lalu. Ramai pegawai kerajaan, canselor universiti dan sarjana ilmu kebudayaan China dari lebih 60 negara dan kawasan yang menghadiri sidang tersebut telah bersama-sama membincangkan topik "perkembangan pengajaran bahasa Mandarin dalam pelbagai kebudayaan." Menteri Negara Pendidikan Singapura, Encik Chan Soo Seng juga telah menghadiri sidang kali ini dan menyampaikan ucapan yang memperkenalkan perkembangan usaha pendidikan Bahasa Mandarin di Singapura serta kerjasama dan pertukaran Singapura-China dalam bidang pengajaran Bahasa Mandarin.
Kini, semakin ramai warga asing mulai belajar bahasa Mandarin seiring pelaksanaan yang berterusan dasar pintu terbuka dan pertumbuhan ekonomi China yang pesat pada tahun-tahun kebelakangan ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajaran Bahasa Mandarin untuk Warga Asing Negara China, kini terdapat seramai lebih 30 juta orang warga asing belajar bahasa Mandarin, lebih 2300 buah universiti di 100 negara telah menawarkan jurusan bahasa Mandarin. Di negara-negara Asia Tenggara pula, terdapat seramai sejuta 600 ribu orang belajar Bahasa Mandarin, dan jumlah pensyarah mencapai kira-kira 20 ribu orang. 102 buah universiti dan 2500 buah sekolah rendah dan sekolah menengah telah menawarkan jurusan pengajian bahasa Mandarin dan kelas bahasa Mandarin.
Pengajaran bahasa Mandarin mendapat sambutan warga negara Asia Tenggara kerana hubungan China dengan negara ASEAN menjadi semakin erat dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain.
Menteri Negara Pendidikan Singapura, Chan Soo Seng berkata, "Pentingnya bahasa Mandarin sekarang sudah amat nyata. Pelajar dan ibu bapa sudah menyedari perkara itu dan mahu anak mereka mahir berbahasa Mandarin. Kami telah menjalankan pembaharuan terhadap pengajaran bahasa Mandarin pada tahun lalu, supaya memperkenalkan cara pengajaran yang lebih sesuai untuk para pelajar tersebut."
Bahasa Inggeris digunakan secara luas di kalangan rakyat Singapura, dan menjadi bahasa utama untuk komunikasi antara penduduk pelbagai kaum, antaranya termasuk kaum Cina, kaum Melayu, kaum India dan lain-lain.
Bagi kalangan belia pula, mereka mesti fasih berbahasa Inggeris untuk mendapatkan peluang kerja. Juga terdapat sejumlah pelajar berpendapat belajar bahasa Inggeris sudah mencukupi, dan mereka telah mengabaikan pembelajaran bahasa Mandarin. Sehubungan dengan itu, kerajaan Singapura telah melaksanakan tindakan untuk menjamin setiap pelajar kaum Cina menguasai bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Mandarin dengan baik. Encik Chan Soo Seng berpendapat bahawa pembelajaran bahasa Mandarin bukan sahaja bertujuan untuk menguasai bahasa sahaja, yang lebih penting agar para pelajar dapat mengetahui kebudayaan mereka sendiri.
Encik Chan Soo Seng berkata, "Singapura merupakan sebuah negara Asia dan tidak boleh dipengaruhi sepenuhnya oleh budaya Barat. Orang Cina, orang Melayu dan Orang India tidak boleh meminggirkan budaya sendiri, mereka mesti belajar bahasa ibunda mereka dengan bersungguh-sungguh. Para pelajar akan menyedari pembelajaran bahasa ibunda sangat penting selepas mereka mengenal budaya sendiri melalui bahasa ibunda.
|