Sejak strategi pembangunan kawasan bahagian barat China dilaksanakan, seiring dengan infrastruktur dan suasana pelaburan Tibet terus diperbaiki, semakin ramai pedagang melabur dan menubuhkan perusahaan di Tibet.
Biro Menarik Pelaburan Tibet memaklumkan, pada tahun 2004 sahaja, 313 projek pelaburan bernilai 4.72 bilion yuan RMB telah ditandatangani, pelaburan yang sudah diperoleh mencapai 1.566 bilion yuan RMB. Projek kerjasama tersebut melibatkan pembangunan pertanian, penternakan, pembangunan ekologi, perkhidmatan pelancongan, perubatan tradisional Tibet, perlombongan dan hartanah.
Tibet mempunyai sumber alam dan kebudayaan yang kaya, pelancongan, perubatan tradisonal Tibet, perlombongan, pemprosesan pertanian dan penternakan sedang dibangunkan, maka ia membuka banyak peluang perniagaan. Akan tetapi, infrastruktur yang mundur pernah menyekat usaha menarik pelaburan pada jangka masa panjang. Untuk memperbaiki suasana pelaburan Tibet pada asasnya, sejak kerajaan pusat China mengadakan Sidang Kerja Tibet ke-4 pada tahun 1994, kerajaan China telah memperuntukkan 7.85 bilion yuan RMB untuk membangunkan projek infrastruktur termasuk sumber tenaga, lalu lintas dan telekomnikasi. Serentak itu, kota, provinsi lain, jabatan kerajaan pusat China dan perusahaan milik negara pernah membantu Tibet melaksanakan 1,698 buah projek, jumlah peruntukan mencapai 5.3 bilion yuan RMB. Ini telah mendorong dengan kuat pembangunan ekonomi dan sosial Tibet.
Kerajaan Wilayah Autonomi Tibet telah menggubal banyak dasar keutamaan pelaburan, telah menubuhkan Biro Menarik Pelaburan dan Pusat Pengesahan dan Perkhidmatan, kelulusan kerajaan telah dipercepat dan mutu perkhidmatan telah ditingkatkan.
Pada beberapa tahun yang lalu, masyarakat trasnasional mulai melabur di Tibet. Pada tahun 2004, Syarikat Calsberg Antarabangsa Berhad telah membeli saham Syarikat Bir Lhasa Berhad dan merupakan syarikat pertama antara 500 syarikat terbesar di dunia memasuki pasaran Tibet, kemudian Syarikat Amway Cawangan Tibet telah dibuka di Lhasa.
|