Menurut berita CRI, Kementerian Pendidikan China hari ini memaklumkan bahawa Kerajaan China bermula tahun ini akan menyediakan peruntukan sebanyak 1 bilion yuan Renminbi biasiswa untuk membantu mahasiswa yang miskin di China.
Dimaklumkan peruntukan tersebut terbahagi kepada dua jenis iaitu biasiswa bantuan negara dan biasiswa negara. Biasiswa negara diperuntukkan lebih 500 ribu yuan Renminbi sebagai bantuan sara hidup bulanan kepada mahasiswa yang miskin. Biasiswa negara pula diperuntukkan 4 ribu yuan Renminbi setahun untuk 50 ribu orang mahasiswa miskin yang berakhlak baik.
|