Menurut Agensi Berita China, ASEAN akan bersama-sama China mengadakan pameran pertanian. Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi akan diundang mempengerusikan upacara perasmian pameran itu.
Dimaklumkan, tema pameran pertanian kali ini ialah "Bersama-sama Meneroka Pasaran Sejagat". Dijangka sebanyak 600 syarikat akan mempamerkan sayur-sayuran dan buah-buahan, makanan halal, teknologi biologi dan lain-lain dalam pameran tersebut.
|