|
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Menteri Luar 5 Negara, iaitu Kemboja, Laos, Vietnam, Myanmar dan Thailand serta Sidang Menteri Luar 5 Negara dan Kerjasama Ekonomi Rakan selama sehari telah dirasmikan di Siem Reap, Kembaoja semalam.
Pelbagai pihak telah bertukar-tukar pendapat dan mencapai kata sepakat tentang meningkatkan kerjasama antara 5 negara kawasan aliran Sungai Mekong dengan pelbagai rakan termasuk Bank Pembangunan Asia dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, perdagangan, sumber tenaga, pelaburan dan pelancongan.
Perisytiharan Bersama yang dikeluarkan dalam sidang tersebut menuntut pelbagai negara secepat mungkin menjalankan projek bermakna besar yang berfaedah bagi pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.
Wakil dari pelbagai negara dan badan antarabangsa antara Singapura, Jepun,Australia, Bank Pembangunan Asia dan Kesatuan Eropah juga telah menghadiri sidang itu.
|